Lepas makan ramai yang suka biarkan pinggan dan gelas di
dalam sinki. Tunggu penuh sinki tu baru la nak basuh.
Tapi bagi anda yang mahu kuruskan badan, tabiat suka menunda kerjaa
mencuci pinggan dan membersihkan dapur akan beri kesan pada nafsu makan.
Menuru kajian yang dilakukan oleh Cornell Food and Brand
Lab, mereka yang menghabiskan masa di dapur yang tidak bersih akan mengambil
lebih banyak makanan dari yang sepatutnya.
PatiMLB Di Kuala Lumpur |
Berada di persekitaran dapur penuh dengan pinggan mangkuk
yang tidak dicuci menyebabkan kurang kawalan dari segi selera makan dan akan
makan lebih banyak. “Berada di ruang yang kotor, tidak baik untuk mereka yang
sedang berdiet,”kata seorang penyelidik.
“Mereka akan berfikir jika keadaan di dapur diluar kawalan, mengapa saya
harus mengawal pemakanan.”
Katanya lagi, bagi mereka yang dalam proses menurunkan
berat badan, sebaiknya sentiasa bersihkan ruang bukan saja dapur tapi bahagian
lain rumah.
No comments:
Post a Comment